SKIM LENCANA ANTI DADAH
Apakah dia
Skim ini?
Skim Lencana
Anti Dadah adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli persatuan
berpakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah
di sekolah dan akhirnya di masyarakat luar.
Bagaimana
Skim ini dilaksanakan ?
Aktiviti
Skim ini adalah sebahagian daripada aktiviti berpersatuan berpakaian seragam
sekolah yang menyertainya.Di samping menjalankan aktiviti persatuan yang telah
ditetapkan, pemimpin/penasihat persatuan berkenaan hendaklah memasukkan
aktiviti anti dadah dalam aktiviti persatuan.Ahli-ahli persatuan yang menyertai
Skim secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas diadakan
penilaian.
Apakah
ertinya pernyataan anda di dalam Skim ini?
Dengan
menyertai Skim ini,anda telah memberikan sumbangan dalam usaha mencegah
penyalahgunaan dadah di sekolah anda.Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya
dadah dan bagaimana anda rakan-rakan anda boleh menjauhkan diri dari
penyalahgunaan dadah.
KONSEP SKIM
LENCANA ANTI DADAH
Skim Lencana ini adalah merupakan satu langkah jangka panjang
untuk memupuk semangat dan sikap bencikan dadah di kalangan pelajar
sekolah.Skim ini adalah merupakan satu usaha pendidikan pencegahan awal untuk
mencegah penularan masalah dadah di kalangan pelajar-pelajar.Walaupun ada
pelajar sekolah yang terlibat dalam perbuatan menyalahgunakan dadah,tetapi
penglibatan mereka masih dapat dikawal dan kebanyakannya hanya pada peringkat
mencuba-cuba (experimenting) dadah sahaja.Oleh itu program ini adalah satu
program yang cuba menyekat dan akhirnya menghapuskan perbuatan menyalahgunakan
dadah di kalangan pelajar.Segala penerangan yang diberikan kepada peserta skim
ini adalah untuk menerangkan secara menyeluruh ancaman dan bahaya penggunaan
dadah untuk mewujudkan persefahaman yang tinggi di kalangan pelajar sekolah
terhadap masalah dadah di Malaysia.
Skim ini adalah menggunakan pengaruh teman sebaya (peer group
influence) untuk menyampaikan mesej anti dadah dan melibatkan murid-murid yang
menganggotai Pasukan Pakaian Seragam di sekolah masing-masing.Pengetahuan yang
menerusi penyertaan dalam skim ini akan membolehkan mereka untuk memainkan
peranan yang lebih berkesan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan
rakan-rakan sekolah,teman-teman sebaya,keluarga,sahabat-handai dan sesiapa
sahaja yang ada kaitan dengan mereka.Penuntut yang menyertai skim ini akan
dapat berinteraksi secara berkesan dengan pelajar-pelajar yang
bermasalah,misalnya dapat memujuk atau menyakinkan pelajar yang bermasalah itu
berjumpa dengan guru bimbingan atau sesiapa sahaja yang difikirkan dapat
membantu menyelesaikan masalah pelajar berkenaan.
Selain daripada itu,anggota pasukan seragam yang telah
menerima Lencana Sijil Anti Dadah ini akan boleh terus berkhidmat kepada
masyarakat selepas tamat persekolahan/pengajian dalam bidang anti dadah;
umpamanya sebagai ahli panel penceramah, para kaunselor (setelah mendapat
latihan dan bimbingan yang sesuai dalam bidang ini) dalam program seliaan
lanjutan bekas penagih,atau sebagai sukarelawan dalam aspek tindakan anti dadah
yang lain.
Aktiviti dalam program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah
merupakan satu daripada pelbagai aktiviti pasukan pakaian seragam
berkenaan.Pasukan Pakaian Seragam boleh mengambil beberapa hari daripada
hari-hari aktiviti mereka untuk menjalankan aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
itu sendiri.Untuk menimbulkan rasa penglibatan bersungguh-sungguh komited dalam
Program Skim Lencana itu,anggota-anggota Pasukan Pakaian Seragam yang menyertai
Skim Lencana ini di kehendaki lulus ujian-ujian dan melakukan kerja-kerja
praktikal,barulah dianugerahkan Lencana Anti Dadah.Lencana Anti Dadah ini
adalah merupakan penghargaan kepada penglibatan pelajar-pelajar itu dalam
aktiviti anti dadah.Mereka bolehlah memakai lencana itu sebagai satu daripada
lencana-lencana kemahiran.
PENGERTIAN LOGO
1.
Genggaman
tanpa melambangkan :-
-
Tentangan
terhadap dadah.
-
Bersama-sama
membanteras dadah.
-
Pertolongan
kepada penagih
-
Kejayaan
membanteras dadah.
2. Bentuk bulatan di tengah dengan
slogan ‘BERSAMA MEMBANTERAS NAJIS DADAH’ menunjukkan kepaduan dalam gerakan
membanteras dadah.
3. Warna-warna melambangkan :
-
Merah
melambangkan keberanian dalam menjalankan tugas serta menghadapi ancaman.
-
Biru
melambangkan kecintaan dan kasih sayang sesama insan.
-
Kuning
melambangkan kejayaan dan kegemilangan pertubuhan-pertubuhan melaksanakan tugas
membanteras dadah.
4.
Kepala
anak panah masing-masing melambangkan bidang usaha membanteras dadah :
-
Diri
-
Keluarga
-
Sekolah
-
Masyarakat
-
Negara
OBJEKTIF SKIM LENCANA
Skim Lencana ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar
yang menyertai;
1.
Mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah.
2.
Dapat
menanamkan peranan sebagai orang berpengaruh (indlueneers) dalam menyampaikan
mesej anti dadah di kalangan rakan sebaya,ahli keluarga dan masyarakat.
3.
Dapat
menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali penyampaian mesej.
4.
Menolong
rakan-rakan sebaya yang mempunyai ‘risiko tinggi’supaya berhubung dengan guru
bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya.
5.
Berkhidmat
secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan/pengajian.
VISI
Sekolah
Bebas Dadah 2012,Negara Bebas Dadah 2015
MISI
Melahirkan
Murid bebas dadah melalui Program Ppda yang bersepadu dan menyeluruh dari aspek
pengurusan dan kepimpinan,kurikulum,kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
MATLAMAT
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat
Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ialah untuk memberi
pengetahuan,kesedaran dan keinsafan kepada murid,guru,kakitangan pendidikan dan
ibu bapa akan bahaya agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman
dadah meletakkan sasaran ‘’Sekolah Bebas
Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015’’
PRINSIP
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah
melaksanakan program PPDa.
2. Pendidikan Pencegahan dadah adalah
untuk semua murid,guru,kakitangan sekolah dan ibu bapa.
3. Pengetahuan,kemahiran,nilai,pengalaman,sikap
dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.
4. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah
tanggungjawab semua warga sekolah.
5.
Program Pendidikan Pencegahan dadah hendaklah menjurus ke arah ‘’Sekolah Bebas Dadah Dan Negara Bebas Dadah
2015’’
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) di sekolah diharap dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan
keinsafan kepada murid-murid, guru, kakitangan pentadbiran sekolah dan ibu bapa
akan bahaya dadah.Perancangan aktiviti ini diharapkan mampu memberikan
pendedahan agar mereka dapat menjauhi dan berupaya menentang dadah dengan
meletakkan sasaran ‘’Sekolah Bebas Dadah 2015’’
No comments:
Post a Comment